Saturday, December 4, 2010

NUKILAN PEMBUKA BICARA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang masih memberikan aku nikmat nyawa yang hidup dan jasad yang sihat beserta nikmat Islam sebagai pegangan agama ku...

Salam perkenalan buat semua saudara-saudaraku di seluruh dunia...aku di beri nama Hasnizatul Azim Bin Zainudin...nama yang cukup cantik pemberian ayahanda dan bonda ku...usia hidupku di dunia sudah 25 tahun dan aku tidak tahu bila akan tamat usia ku di dunia ini...di lahirkan pada 17 Nov 1985 di dalam keluarga yang besar ahlinya (10 orang adik beradik) dan sederhana dalam setiap perkara...pendidkan awal secara formal ku bermula di Taska ABIM ketika berumur 5tahun...kemudian bertukar ke Tadika KEMAS ketikq berumur 6 tahun...seterusnya aku di hantar memasuki Sekolah Kebangsaan Senawang sehingga aku berjaya tamat UPSR...lantas aku memilih Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Ma'amor Ampangan untuk menyambung pembelajaran aku di peringkat menengah...pada tahun 2005 aku memasuki Kolej Universiti Islam Melaka bagi menyambung pengajianku di peringkat lebih tinggi sedikit dalam bidang Pengajian Islam & Kaunseling...hakikatnya aku tetap insan biasa seperti semua yang ada di dunia ini,ada sedikit kelebihan yang dikurniakan oleh Allah dan banyak kekurangan yang masih perlu ku perbaiki...

Namun aku bersyukur kepada-Nya kerana menjadikan aku cukup sempurna punyai fizikal yang sihat dan akal yang baik untuk aku berfikir...ini adalah coretan ku yg pertama di sini,coretan seorang yang masih daif dalam penulisan blog...namun atas dasar ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada ,rasa dan pengalaman,aku akan berusaha mempelajari ilmu berkenaan penulisan dan pengendalian blog ini...aku rasa cukup sampai di sini dahulu...sekian sahaja nukilan pembuka bicara dari ku...insan yang hanya meminjam dari Penciptanya..